Bagaimana Memilih Calon Isteri (Menarik!)

Bagaimana Memilih Calon Isteri | Pemilihan calon isteri amat begitu penting sekali. Ramai juga tidak mengetahui bahawa, proses mendidik anak sebenarnya adalah bermula dari pencarian pasangan lagi. Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya :

1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” 2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.

3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.

4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.

5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.

sumber:melayukini

 

10 TIPS BERUMAHTANGGA CARA RASULULLAH S.A.W.

Berikut adalah 10 tips untuk menjaga kemesraan dan mengekalkan sifat romantik pasangan yang dikompilasi daripada hadis-hadis dan riwayat yang menceritakan tentang kehidupan berumahtanga Rasulullah S.A.W.

1. Suami membukakan pintu untuk isterinya (kendaraan/rumah/dll)
Istilah yg cukup akrab di telinga kita yg katanya orang-orang moden ini. “Ladies First”. Ini sudah dilakukan Rasulullah S.A.W. sejak berabad-abad yang lalu, di saat kebudayaan lain di dunia menganggap wanita lebih rendah, bahkan diragukan statusnya sebagai “manusia”. Dari Anas, dia berkata : “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Rasulullah S.A.W. menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang beliau untuk Shafiyyah. Kemudian beliau duduk di samping untanya sambil menegakkan lutut beliau dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut beliau sehingga dia bisa menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari)

2. Mencium isteri ketika pergi dan datang
Sungguh hal yang romantis dan bisa menimbulkan rasa kasih sayang jika kita bisa membiasakan mencium isetri/suami ketika hendak berpergian atau baru pulang. Daripada ‘Aisyah r.a., bahawa “Rasulullah S.A.W. biasa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau shalat dan tidak mengulangi wudhu’nya.”(HR ‘Abdurrazaq)

3. Makan/minum sepiring/segelas berdua
Dari Aisyah r.a., dia berkata : “Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam “ (HR. Bukhori dalam Adabul Mufrod)

Dari Aisyah r.a., dia berkata : Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haidh, lalu Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu beliau minum (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.)

Nabi S.A.W. pernah minum di gelas yang digunakan oleh Aisyah. Beliau juga pernah makan daging yang pernah digigit Aisyah.(HR Muslim No. 300) bahkan keberkahannya dijamin, diriwayatkan Abu Hurairah : “Makanan berdua cukup untuk tiga orang, makanan tiga orang cukup untuk empat orang.” ( HR Bukhori (5392) dan Muslim (2058))

4. Suami menyuapi isteri
Dari Saad bin Abi Waqosh r.a. berkata : Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda : “ Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.” (HR Bukhori (VI/293) dan Muslim (V/71)

5. Berlemah lembut, melayani/menemani istri yang sedang sakit (memanjakan isteri sakit)Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., Nabi S.A.W. adalah orang yang penyayang lagi lembut. Beliau orang yang paling lembut dan banyak menemani isterinya yang sedang mengadu atau sakit. (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770)

6. Bergurau senda dan membangkitkan kemesraan
Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi S.A.W. tertawa melihat mereka. (HR Nasai dengan isnad hasan) Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah S.A.W.  suka bercanda dengan isterinya. (HR Bukhari)

7. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik dia ntara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya.” (HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits hasan shahih).

8. Memberikan hadiah kepada isteri
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “KetikaNabi S.A.W. menikah dengan Ummu Salamah, beliau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.”

Dia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah S.A.W., dan hadiah tersebut dikembalikan kepada beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad)

9. Tetap romantis walaupun isteri sedang haid 
Haid, adalah sesuatu yg alamiah bagi wanita. Berbeda dg pandangan kaum yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh didekati. Ketika Aisyah sedang haid, Nabi S.A.W. pernah membangunkannya, beliau lalu tidur dipangkuannya dan membaca quran (HR Bukhari no 7945)

10. Mengajak isteri makan di luar
Mungkin kebanyakan kita, lebih suka pergi bersama teman-teman, meninggalkan isteri di rumah. Nah yang ini mungkin biasa, saya suka ajak isteri “dating”! Ini mampu membangkitkan romantisme berdua. Menikmati lingkungan di sekitar. Anas mengatakan bahawa tetangga Rasulullah S.A.W. – seorang Persia–pintar sekali membuat masakan gulai.

Pada suatu hari dia membuatkan masakan gulai yang enak untuk Rasulullah S.A.W. Lalu dia datang menemui Rasulullah S.A.W. untuk mengundang makan beliau. Beliau bertanya : “Bagaimana dengan ini? (maksudnya Aisyah).” Orang itu menjawab : “Tidak.” Rasulullah S.A.W. berkata : “(Kalau begitu) aku juga tidak mahu.” Orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W.

bertanya : “Bagaimana dengan ini?” Orang itu menjawab : “Tidak.” Rasulullah kembali berkata : “Kalau begitu, aku juga tidak mahu.” Kemudian, orang itu kembali mengundang Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. kembali bertanya : “Bagaimana dengan ini?” Pada yang ketiga kalinya ini orang Persia itu mengatakan: “Ya.” Akhirnya mereka bangun dan segera berangkat ke rumah laki-laki itu. (HR Muslim)

sumber:pingje

24 peringatan buat wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

 

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

sumber:tentang cinta

Bahaya Orang Bermuka-muka Menikam dari belakang

Menikam dari belakang

Dalam menjalani hidup nyata, kejadian ‘bermuka-muka’ sering terjadi tidak kira sama ada dilakukan orang perseorangan atau secara berkumpulan. Istilah menikam dari belakang atau teman bermuka dua boleh dibahagi kepada empat jenis berdasarkan tindakan pengkhianatan yang dilakukan.
1. One to one
Pengkhianatan one to one menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ atau seorang bermuka dua yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Misalnya, memburukkan sahabatnya sendiri, memfitnah teman/sahabatnya sendiri, merebut hak teman/sahabatnya sendiri, mengambil kekasih teman/sahabatnya sendiri, mengakui hasil karya orang lain sebagai hasil karyanya, menjatuhkan reputasi teman/sahabatnya sendiri dan sebagainya.
2. One to many
Pengkhianatan one to many menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ yang dilakukan seseorang kepada sekelompok orang, lembaga, organisasi atau perkumpulan. Contohnya seorang pekerja yang memburukkan majikan tempat dia bekerja pada orang lain, seorang kakitangan yang memburuk-burukkan teman-teman kerjanya pada orang lain atau seorang anggota organisasi yang menyebarkan rahsia kepada pihak lain, seorang anggota organisasi yang mencaci-maki organisasinya dengan pihak lain, dan sebagainya.
3. Many to one
Pengkhianatan many to onemenggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ yang dilakukan oleh sekelompok orang, boleh jadi kumpulan pengurusan, organisasi atau perkumpulan terhadap seseorang. Misalnya sekumpulan orang-orang licik, dan iri yang ada di sebuah syarikat, yang mempunyai niat sama ingin
menyingkirkan pemimpin dari syarikat tersebut. Atau sebuah parti politik yang anggotanya ingin menyingkirkan ketua umumnya dengan menghalalkan pelbagai cara sehingga melanggar hukum asalkan tujuannya tercapai.
4. Many to Many
Pengkhianatan Many to Many menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ atau sikap bermuka dua yang dilakukan oleh sekelompok orang dengan  kelompok orang yang  lain. Misalnya antara kumpulan A dan kumpulan B. Di depan nampak baik-baik saja, tetapi di belakang kumpulan B mencaci-maki,  memburukkan, meremehkan, membodohkan, malah memfitnah kumpulan A.
BALASANNYA NERAKA
Nabi s.a.w mengecam orang yang bermuka dua sebagai orang yang termasuk dalam orang terburuk di sisi Allah. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan daripada Yahya bin Yahya, daripada Malik, daripada Abu Az-Zinad, daripada Al-A’raj, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya, termasuk orang yang paling buruk ialah orang bermuka dua yang mendatangi mereka dengan satu muka dan mendatangi yang lain dengan muka lain.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Sesungguhnya termasuk orang terburuk di sisi Allah pada Hari Kiamat, ialah orang yang bermuka dua.” (HR. At-Tirmidzi daripada Abu Hurairah)
Maksud ‘orang yang bermuka dua’ dalam sabda Nabi di atas, iaitu orang yang menyembunyikan apa-apa yang ada dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeza daripada apa yang disimpan dalam hatinya. Orang yang bermuka dua ialah orang yang sangat berbahaya. Sebab, dia musuh dalam selimut yang sukar dikesan atau dibuktikan. Dalam sejarah Islam, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua ini ialah orang munafik yang mengaku beriman ketika mereka  bersama-sama dengan kaum Mukminin.
Tetapi, ketika kembali kepada kelompoknya, mereka kembali kepada kekufurannya. Mereka ini lebih berbahaya daripada orang kafir yang jelas-jelas menampakkan kekafirannya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud, “Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman’. Dan jika mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok’.” (Al-Baqarah: 14)
Khusus untuk orang munafik yang hanya menampakkan keimanan pada lahiriah saja, sementara dalam hatinya mereka menyembunyikan kekufuran; Allah sangat  mencela sikap mereka dan mengancam mereka dengan seksaan-Nya yang pedih di dalam neraka. Allah berfirman; “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia.
Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman dan kafir); tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya. “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyeksamu). Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah daripada neraka.
Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An-Nisaa`: 142-145) Namun demikian, yang dimaksudkan dengan mempunyai dua muka dalam hadis ini bukanlah munafik dalam erti kata sesungguhnya. Melainkan seorang Muslim yang keadaannya seperti orang munafik, atau dia memiliki sifat seperti orang munafik. Keadaan orang munafik adalah dia senang melakukan perbuatan batil dan dusta. Dia senang membuat orang lain saling bermusuhan. Dalam konteks sekarang, orang seperti ini barangkali boleh disebut sebagai oportunis.
Orang yang selalu mencari jalan selamat dan tidak mempunyai idealisme. Nabi s.a.w bukan hanya mengecam orang yang bermuka dua ini sebagai orang yang termasuk dalam jajaran orang-orang terburuk di sisi Allah, melainkan baginda juga mengancam mereka dengan neraka! Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi daripada Ammar bin Yasir)[5] Jika seseorang diancam akan diberi dua mulut dari api neraka, ertinya orang tersebut diancam akan dimasukkan ke dalam neraka! Wallahuaklam.
sumber:Midi

ADAKAH SI DIA SERIUS??

Adakah si dia serius?

 

Lelaki selalunya sukar diramal. Ada sahaja sesuatu yang tidak diduga terutamanya dalam perhubungan. Jadi, jom ketahui 4 tanda bila si dia mula serius denganmu.

1)      Tidak lagi berkata tentang ‘Ex-Girlfriend’

Lelaki yang belum bersedia untuk mengadakan hubungan yang serius selalunya suka bercerita tentang bekas kekasihnya. Tetapi, jika si dia benar-benar sudah menerima kamu seadanya di sia pasti tidak lagi terkenang-kenangkan kisah lama.

2)      Sentiasa menghormati kamu sebagai seorang perempuan

Jika si dia benar-benar ingin menjadikan kamu sebagai permaisuri hatinya, si dia pasti akan menghormati kamu dan tidak akan pernah sesekali mengambil kesempatan keatas dirimu.

3)      Tidak akan mensia-siakan kamu

Untuk memikat hatimu, si dia akan cuba sedaya upaya untuk memikat hatimu. Si dia tidak akan pernah sesekali pun cuba mensia-siakan kehadiranmu.

4)      Berpegang pada janji-janjinya

Jika sebelum ni si dia hanya berjanji namun tidak menunaikan, tiba-tiba sahaja segalanya berubah dan dia mula berpegang pada janji itu bermakna si dia memang serius dengan mu dan tidak

sumber:Info Remaja