Bagaimana Memilih Calon Isteri (Menarik!)

Bagaimana Memilih Calon Isteri | Pemilihan calon isteri amat begitu penting sekali. Ramai juga tidak mengetahui bahawa, proses mendidik anak sebenarnya adalah bermula dari pencarian pasangan lagi. Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya :

1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” 2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.

3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.

4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.

5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.

sumber:melayukini

 

Hukum Mencukur Bulu Bagi Lelaki

Terdapat segelintir kaum lelaki yang gemar mencukur bulu kakinya tanpa memikirkan tentang larangan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ketahui apakah hukum sebenar mencukur bulu kaki bagi lelaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hukum Mencukur Bulu Bagi Lelaki | Masyarakat kita pada hari ini amat memandang rendah terhadap hukum Allah tanpa memikirkan kesan akan datang. Bagi lelaki, ada yang gemar cukur bulu di bahagian betis kaki. Mungkin ada yang tidak suka dengan kehadiran bulu tersebut. Namun Allah SWT melarang kaum lelaki untuk mencukur bulu di kawasan tersebut kecuali kaum wanita. Jom ikuti persoalan yang diajukan mengenai hukum mencukur bulu bagi lelaki.

Soalan :

Assalammualaikum,di sini saya ada sedikit kemusykilan. Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika seseorang lelaki cukur bulu kakinya sedangkan pada masa itu dia tidak tahu yang hukum mencukur bulu kaki adalah haram. Apa hukumnya? Adakah dia berdosa? Dan jika berdosa bagaimana cara untuk dia memohon ampun dari Allah S.W.T?

Jawapan  :

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Hukum cukur bulu kaki bagi lelaki adalah haram jika dilakukan dengan sengaja. Jika dilakukan tanpa sengaja kerana kejahilan adalah dimaafkan tetapi hendaklah segera bertaubat kepada Allah Ta’ala apabila mengetahui perbuatan itu adalah berdosa iaitu dengan memohon keampunan kepada Allah dengan sebenar-benarnya, menyesalinya, berazam tidak akan mengulanginya dan memperbanyakkan amal kebajikan.

Wallahu a’alam.

Maka jelaslah bahawa cukur bulu kaki bagi kaum lelaki adalah nyata haram kerana ia seolah-olah menyerupai kaum wanita. Kaum wanita pula boleh mencukur bulu kaki kerana supaya ia tidak menyerupai seperti kaum lelaki. Ini adalah aturan Allah SWT yang kita hambaNya perlu mengikut segala perintahNya.

sumber:melayukini

Di dunia ini terdapat 10 buah lubang yang paling terbesar di dunia. Lubang ini tercipta adalah disebabkan oleh bencana alam dan tujuan bidang industri.

Subhanallah! 10 Lubang Terbesar Di Dunia  | Ini adalah tanda kekuasaan Allah SWT. Di sini terdapat lubang yang merupakan buatan manusia dan juga akibat dari salah satu bencana yang menimpa penduduk di sana. Antaranya lubang besar di Guatemala. Ia terjadi selepas dipukul ribut Agatha (LINK). Sama ada ia Great Blue Hole of Belize, Mirny Diamond Mine of Siberiaatau Burning Gates of Turkmenistan, semua ini berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari seluruh pelusuk dunia untuk merakam kenangan kenangan dari lubang yang luar biasa ini. Jom lihat gambar di bawah ini.

1) Mirny Diamond Mine of Siberia

2) Great Blue Hole – Belize

3) Burning Gates of Turkmenistan

4) Kimberley Big Hole –  South Africa

5) Bingham Canyon Mine – Utah

6) Glory Hole in Monticello Dam California

7) Diavik Diamond Mine – Canada

8) Guatemala Sinkhole

9) huquicamata Copper Mine – Chile

10) Udachnaya Pipe – Russia

Tidak terkata apabila melihat lubang yang begitu besar dan dalam sekali. Ini baru lubang di dunia, macam manalah keadaan di akhirat kelak nanti. Semua ini adalah tanda kekuasaan Allah SWT terhadap hambaNya.

sumber:melayukini

19 Keistimewaan Wanita Berbanding Lelaki

Tanpa wanita, lelaki takkan dilahirkan (kecuali Nabi Adam) dan tanpa wanita juga, tiada lelaki yang berjaya. Betul ke? Jom kita ketahui 19 keistimewaan wanita berbanding lelaki. Semoga semua wanita berasa bangga dan bertambah semangat untuk menjadi wanita yang solehah yang akan masuk ke syurga dengan mudah. InsyaAllah.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wallahualam.

sumber:melayukini

Bahaya Orang Bermuka-muka Menikam dari belakang

Menikam dari belakang

Dalam menjalani hidup nyata, kejadian ‘bermuka-muka’ sering terjadi tidak kira sama ada dilakukan orang perseorangan atau secara berkumpulan. Istilah menikam dari belakang atau teman bermuka dua boleh dibahagi kepada empat jenis berdasarkan tindakan pengkhianatan yang dilakukan.
1. One to one
Pengkhianatan one to one menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ atau seorang bermuka dua yang dilakukan oleh seseorang kepada seseorang yang lain. Misalnya, memburukkan sahabatnya sendiri, memfitnah teman/sahabatnya sendiri, merebut hak teman/sahabatnya sendiri, mengambil kekasih teman/sahabatnya sendiri, mengakui hasil karya orang lain sebagai hasil karyanya, menjatuhkan reputasi teman/sahabatnya sendiri dan sebagainya.
2. One to many
Pengkhianatan one to many menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ yang dilakukan seseorang kepada sekelompok orang, lembaga, organisasi atau perkumpulan. Contohnya seorang pekerja yang memburukkan majikan tempat dia bekerja pada orang lain, seorang kakitangan yang memburuk-burukkan teman-teman kerjanya pada orang lain atau seorang anggota organisasi yang menyebarkan rahsia kepada pihak lain, seorang anggota organisasi yang mencaci-maki organisasinya dengan pihak lain, dan sebagainya.
3. Many to one
Pengkhianatan many to onemenggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ yang dilakukan oleh sekelompok orang, boleh jadi kumpulan pengurusan, organisasi atau perkumpulan terhadap seseorang. Misalnya sekumpulan orang-orang licik, dan iri yang ada di sebuah syarikat, yang mempunyai niat sama ingin
menyingkirkan pemimpin dari syarikat tersebut. Atau sebuah parti politik yang anggotanya ingin menyingkirkan ketua umumnya dengan menghalalkan pelbagai cara sehingga melanggar hukum asalkan tujuannya tercapai.
4. Many to Many
Pengkhianatan Many to Many menggambarkan perbuatan ‘menikam dari belakang’ atau sikap bermuka dua yang dilakukan oleh sekelompok orang dengan  kelompok orang yang  lain. Misalnya antara kumpulan A dan kumpulan B. Di depan nampak baik-baik saja, tetapi di belakang kumpulan B mencaci-maki,  memburukkan, meremehkan, membodohkan, malah memfitnah kumpulan A.
BALASANNYA NERAKA
Nabi s.a.w mengecam orang yang bermuka dua sebagai orang yang termasuk dalam orang terburuk di sisi Allah. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan daripada Yahya bin Yahya, daripada Malik, daripada Abu Az-Zinad, daripada Al-A’raj, daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya, termasuk orang yang paling buruk ialah orang bermuka dua yang mendatangi mereka dengan satu muka dan mendatangi yang lain dengan muka lain.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Sesungguhnya termasuk orang terburuk di sisi Allah pada Hari Kiamat, ialah orang yang bermuka dua.” (HR. At-Tirmidzi daripada Abu Hurairah)
Maksud ‘orang yang bermuka dua’ dalam sabda Nabi di atas, iaitu orang yang menyembunyikan apa-apa yang ada dalam hatinya ketika bertemu dengan seseorang atau sekelompok orang yang dia musuhi dengan mengatakan perkataan atau sikap yang berbeza daripada apa yang disimpan dalam hatinya. Orang yang bermuka dua ialah orang yang sangat berbahaya. Sebab, dia musuh dalam selimut yang sukar dikesan atau dibuktikan. Dalam sejarah Islam, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua ini ialah orang munafik yang mengaku beriman ketika mereka  bersama-sama dengan kaum Mukminin.
Tetapi, ketika kembali kepada kelompoknya, mereka kembali kepada kekufurannya. Mereka ini lebih berbahaya daripada orang kafir yang jelas-jelas menampakkan kekafirannya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran bermaksud, “Dan apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman’. Dan jika mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok’.” (Al-Baqarah: 14)
Khusus untuk orang munafik yang hanya menampakkan keimanan pada lahiriah saja, sementara dalam hatinya mereka menyembunyikan kekufuran; Allah sangat  mencela sikap mereka dan mengancam mereka dengan seksaan-Nya yang pedih di dalam neraka. Allah berfirman; “Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak (dengan solat) di hadapan manusia.
Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali. Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman dan kafir); tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak pula kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya. “Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyeksamu). Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah daripada neraka.
Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.” (An-Nisaa`: 142-145) Namun demikian, yang dimaksudkan dengan mempunyai dua muka dalam hadis ini bukanlah munafik dalam erti kata sesungguhnya. Melainkan seorang Muslim yang keadaannya seperti orang munafik, atau dia memiliki sifat seperti orang munafik. Keadaan orang munafik adalah dia senang melakukan perbuatan batil dan dusta. Dia senang membuat orang lain saling bermusuhan. Dalam konteks sekarang, orang seperti ini barangkali boleh disebut sebagai oportunis.
Orang yang selalu mencari jalan selamat dan tidak mempunyai idealisme. Nabi s.a.w bukan hanya mengecam orang yang bermuka dua ini sebagai orang yang termasuk dalam jajaran orang-orang terburuk di sisi Allah, melainkan baginda juga mengancam mereka dengan neraka! Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi daripada Ammar bin Yasir)[5] Jika seseorang diancam akan diberi dua mulut dari api neraka, ertinya orang tersebut diancam akan dimasukkan ke dalam neraka! Wallahuaklam.
sumber:Midi