5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu.  Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini

hotel

Sekadar gambar hiasan

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

sumber:melayukini

Bagaimana Memilih Calon Isteri (Menarik!)

Bagaimana Memilih Calon Isteri | Pemilihan calon isteri amat begitu penting sekali. Ramai juga tidak mengetahui bahawa, proses mendidik anak sebenarnya adalah bermula dari pencarian pasangan lagi. Peranan isteri begitu penting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga, mengandung dan mendidik anak-anak, menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya. Oleh itu, terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak. Antaranya :

1. Perempuan yang taat beragama. Utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat, menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta kekayaan, nasab keturunan dan rupa paras yang menawan. Dalam hadis lain Rasulullah SAW menyifatkan wanita yang maksudnya : “dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah.” 2. Berketurunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam persekitaran sempurna akhlaknya Penting dalam membentuk suasana yang harmoni, saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami isteri.

3. Perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak Nabi Muhammad S.A.W akan berbangga dengan ramai umatnya pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa. Justeru itu, amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuan dan juga saudara mara perempuannya yang terdekat.

4. Sekufu atau hampir sekufu. Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi, pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah akal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita. Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik, maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya.

5. Masih gadis atau anak dara. Rasullullah S.A.W. menggalakkan umat islam memilih isteri daripada kalangan gadis, bukan janda, sesuai dengan nasihat Baginda S.A.W. kepada seorang sahabat Jabir R.A. kemersaraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu. Antaranya ialah untuk mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.

sumber:melayukini

 

Pelik! Wanita Ini Berasa Seksi Mempunyai Janggut

Janggut lebih sinonim dengan lelaki malah ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah SAW. Namun ada satu perkara yang pelik tentang wanita ini. Beliau berpendapat, dirinya berasa seksi dengan mempunyai janggut di dagu. Perkara ini juga pernah kami kongsikan di mana seorang wanita mencipta rekod janggut terpanjang di dunia (LINK). Persoalannya, apa yang menariknya jika wanita ada janggut. Macam pelik je. Boleh lihat gambar wanita ini di bawah.

janggut2

Seorang ibu yang berasal dari Jerman mula ditumbuhi janggut selepas kelahiran anaknya 28 tahun lalu. Selama ini dia selalu mencabut rambut di dagu itu namun kini mula malas dan membiarkannya tumbuh.

Perempuan bernama Mariam itu terkadang memakai penutup di dagunya. Dalam sebuah tayangan televisyen dia mengatakan sudah mulai enggan mencabut janggut itu mahupun menutupinya. “Setelah dicabut kulit saya nampak kemerahan. Sudah banyak orang bertanya dan mereka tidak percaya akan semua itu,” ujarnya.

janggut1

Keluarga Mariam kerap mengkritik agar dia selalu mencabut bulu di dagunya itu. Pada 2008 dia pernah memanjangkan janggutnya sekadar mengetahui bagaimana rupanya bila rambut itu tumbuh subur di dagunya.

Akhirnya selepas satu dekad hidup tanpa pasangan lantaran malu mempunyai janggut Mariam memutuskan memelihara rambut itu dan merasa seksi kerananya. Mariam mengikuti dalam rombongan sarkas dan persembahannya pertunjukannya sendiri. Doktor tempatan mengatakan kemungkinan gen ini boleh diwarisi anak perempuan Mariam kelak

sumber:melayukini

Ustaz Azhar Idrus : Petua Mencari Jodoh

 


Gambar hiasan: Setiap wanita mempunyai gaya berjalan yang tersendiri. (sumber: Google)

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalauwanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

sumber:melayukini

Bagaimana Nak Sihat Gaya Rasulullah?

Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Jadi, bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi?

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

  • Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

  • Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

  • Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

  • Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

  • Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

  • Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

  • Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati.

“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

  • Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

sumber:melayukini