24 peringatan buat wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

 

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

sumber:tentang cinta

Mencari Cinta Halal & Hikmah Istikharah

Mencari Cinta Halal 

CINTA HALAL

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang  ma’ruf. Dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis ‘iddahnya. Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada- Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”  Walaupun ayat ini diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yang masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yang sentiasa diredhai-NYA. Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yang perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorang lelaki berkenan kepada si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas:
1. Menyatakan perasaan melalui sindiran dengan kata-kata kinayah/berlapik (tersirat) yang baik-baik.
2. Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya dalam kalangan orang lain, tidak kepadanya secara jelas.
3. Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yang tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku  Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin denganmu), tetapi  memadailah sekadar kata-kata kinayah/ sindiran yang baik (antara sindiran yang baik adalah seperti; saya tertarik/minat denganmu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
HIKMAH ISTIKHARAH
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepada- NYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yang pasti, tiadalah penyesalan, kekecewaan, atau putus asa bagi yang meminta petunjuk keputusan daripada-NYA. “Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah (meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat. ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)” Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap
baginda ajarkan khas untuk umatnya, maka Insya- Allah di sana akan ada petunjuk terbaik. Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusan-NYA yang menentukan terbaik untuk kita, kerana “Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yang BUKAN HAK manusia untuk memikirkannya…” Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yang bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
1. Jika diberi petunjuk positif, maka Alhamdulillah. Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepada-NYA. Hikmah Istikharah iaitu TIADA RUGI.
 2. Jika negatif jawapannya, maka itulah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
sumber:Info Dara

7 Petanda Si Dia Meminati Korang

Peminat

FAHAMI BAHASA TUBUHNYA
Bahasa tubuh boleh dijadikan ‘pemberitahuan terbesar apabila seseorang menyimpan perasaan suka terhadap seseorang. Kajian percaya wanita mempunyai sekitar 52 jenis bahasa tubuh, manakala lelaki pula hanya menunjukkan 10 jenis bahasa tubuh. Misalnya, si dia kerap curi² melihat wajah korang. Perhatikan bulu keningnya yang sedikit terangkat kerana terlalu teruja. Kemudian, si dia kerap mahu berada dekat tak kisahlah sama ada sedang duduk mahupun berdiri. Perhatikan juga cara si dia duduk. Adakah si dia duduk dengan kaki yang luas @ tangan di pinggul? Petanda si dia cuba menarik perhatian.
DENGAR APA SI DIA KATAKAN
Jika benar si dia meminati korang, si dia bertukar menjadi seorang yang gementar secara tiba² apabila berada betul² depan korang. Dia mungkin mula bercerita tentang dirinya lebih² lagi jika korang cuba bercerita tentang lelaki lain. Setiap perkataan yang dilemparkan akan ber-ulang² & kadang-kala pula kurang jelas untuk didengari. Semuanya jadi tak keruan.
LAYANAN SEKELILING
Jika si dia benar² mahu menjadi kekasih, si dia akan mula menjadi seorang yang bersikap pelindung supaya tampak gentleman & mahu korang berasa selamat. Lihat gelagatnya menarik kerusi, meletakkan tangannya di atas sandar kerusi korang, memberikan jaket ketika sejuk @ mengambil sendiri pesanan makanan di kaunter. Selain daripada tu, perhatikan pandangannya jika di kelilingi gadis² cantik. Adakah si dia tetap memandang korang @ pergi melayan gadis² lain yang lebih dekat?
MINAT TIBA² SAMA
Sebagai contoh, jika korang meminati genre muzik blues tetapi si dia kurang mengenalinya, si dia akan meminta pandangan korang pula untuk mengetahui genre muzik yang diminatinya. Se-kurang²nya si dia takkan merasa malu. Jika korang mula memperkenalkan siri TV kegemaran korang, si dia mula akan mengikuti perkembangan siri tersebut se-mata² mahu mempunyai persamaan.
PERMAINAN MATA
Tak perlu berselindung lagi… Semakin kerap si dia cuba melihat korang, bermakna si dia cuba menarik perhatian korang untuk berkata sesuatu. Paling ketara apabila korang cuba membalas dengan melihatnya, tetapi si dia akan berpaling kerana malu. Untuk menguji sama ada si dia benar² sedang memerhati, lihat si dia & cepat² alihkan pandangan ke tempat lain. Dalam masa sepuluh saat, lihat kembali ke arahnya. Jika si dia masih memerhati, sah si dia meminati korang.
SIKAP MELALUI SENTUHAN
Untuk mengetahui sikap si dia sama ada kategori mata keranjang @ tak, perhatikan sikapnya yang gemar bersentuhan. Ada baiknya korang usah layan peminat seperti ni kerana dia bukanlah ikhlas untuk mengenali dengan lebih mendalam. Percaya @ tak, korang bukan je
mangsanya tetapi teman² korang juga. Kesimpulannya, si dia memang meminati korang tetapi untuk jangka masa sekejap.
PERHATIAN RAKAN²
Perbuatan yang amat ketara apabila si dia dibantu melalui tindakan rakan²nya. Si dia akan menjadi mangsa usikan rakan²nya sehingga ia akan sampai ke telinga korang. Misalnya, menolak si dia secara paksa untuk berdiri di sebelah korang mahupun sering sebut nama si dia sebagai peminat yang kerap mengirim salam.
PETANDA GEMURUH
Gelak tawa yang bercampur baur, tapak tangan yang berpeluh, menarik nafas yang panjang @ cepat² mengalih pandangan merupakan petanda ketara si dia sedang gemuruh. Jika kesemua petanda ni ada pada si dia, nampaknya si dia mahu mulakan langkah seterusnya.
Jangan salahkan si dia jika tiba² saja bajunya basah kerana terlalu gemuruh bila korang menghampirinya lalu bertanya, “Ada masalah?”.
LAMAN SEMBANG
Setiap hari, pasti si dia tetap ada dalam senarai laman sembang korang. Si dia tak pernah jemu menegur & berborak se-mata² untuk lebih rapat. Semestinya, si dia lebih banyak bercakap,lebih mesra & tak membosankan tatkala ber-bual². Tapi, korang akan menjadi seorang
yang pemalu bila berjumpa.
KEBETULAN
Ibarat cermin kerana setiap hari korang pasti ternampak si dia. Ia mungkin tindakan drastik apabila si dia semakin mahu mendekati korang. Jika korang perasan, si dia cuba meniru setiap tindakan korang se-olah² seperti seorang pengintip pula. Di mana je korang berada, di situ pasti ada dia. Kalau tak percaya, cuba sentuh rambut korang & si dia juga akan sentuh rambutnya. Jika di tempat makan, si dia tiba² mengatakan, “Ah… Kebetulan kita di meja yang sama.”
BUAT LAWAK
Ji ka si dia seorang yang ceria,bersikap ke-budak²an & berani, si dia mungkin tak ter-agak² untuk membuat lawak di depan korang untuk menarik perhatian. Ia mungkin disukai tetapi boleh jadi  menggagalkan dengan lawaknya yang sakastik & menjengkelkan tu. Semestinya   kandungan lawaknya bersikap jujur & lurus tetapi ia bukan kenangan yang manis untuk diingati kerana berkemungkinan  ia mendatangkan rasa malu buat korang.
KERAP MEMUJI
Setiap hari korang mengenakan solekan yang sama tetapi tiba² saja si dia cuba memuji korang berlebih ²an. Kedengaran aneh tapi tu hakikat si dia memang menyimpan perasaan terhadap korang. Namun, tak semua orang mempunyai sikap berterus-terang dalam bab memuji kecuali si dia pertama kali memuji.
TANDA ISYARAT
Ketahui isyarat² yang diberi misalnya si dia mengangkat tangan dengan isyarat mengajak korang makan bersama. Terdapat banyak isyarat yang sering digunakan  seperti menunjukkan isyarat jari tanda ajak ber-siar² & macam² lagi. Tujuan si dia memberi tanda isyarat adalah supaya si dia kurang merasa malu jika tawarannya ditolak mentah²
KERAP SMS
Korang tahu si dia sedang bersama teman²nya tetapi telefon bimbit memang tak pernah lekang dari jarinya. Nampaknya, di mana² jua si dia berada, korang  tetap menjadi pilihannya untuk bersembang & menganggap korang lebih penting dari teman²nya.
AJAKAN DARI RESPONS
Si dia mula membicarakan tentang artis kegemaran yang bakal membuat konsert tak lama lagi. Bukan apa, dengan harapan korang memberi respons untuk mengikutnya menonton konsert tersebut. Jika korang memberi respons positif, pastinya tiket percuma dalam genggaman.
SERBA TAHU
Dia bukanlah seorang peminat fanatik tetapi kerana minat, si dia tahu di mana lokasi kediaman korang, warna kegemaran,  makanan kegemaran & semuanya dari hujung rambut hingga ke hujung kepala
PAK TURUT
Dia tak kisah jika dianggap ‘pak turut’ dalam apa jua keadaan sekalipun. Demi cinta, si dia sanggup melakukan apa je yang korang minta & suruh. Si dia akan terus berusaha untuk memenangi hati korang hingga menjadi kekasihnya suatu hari nanti. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup si dia renangi.
Info:klik

5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!

5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!
Keserasian antara kamu dan si dia boleh membuatkan si dia jatuh hati kepadamu. Namun, adakah kamu mampu mencuri hatinya? Jom pelajari 5 cara bagaimana kamu boleh ‘mencuri’ komitmen si dia.

1.    Berikan perhatian kepadanya

Cuba kamu keluar dari zon selesa kamu dan berikan sedikit perhatian kepadanya. Tunjukkan kepada si dia yang kamu sentiasa peduli dan ambil berat tentang dirinya.

2.    Jaga penampilanmu

Menjaga penampilan kamu sangat penting untuk menambat hatinya. Bayangkan jika kamu di tempatnya, adakah kamu akan menerima pasangan yang selekeh? Oleh itu pikatlah hatinya dengan penampilan yang kemas dan cantik.

3.    Buat si dia terpesona dengan kepintaranmu

Tidak bermakna kamu memerlukan IQ yang tinggi untuk memikat si dia. Sebenarnya cukuplah sekadar kamu ‘memancingnya’ dengan kepakaran dan kepintaran yang ada pada diri kamu seperti membincangkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan pendapat dan fikiran. Tunjukkan kepadanya kamu seorang gadis yang bijak dan rasional. Nah, si dia pasti terpikat dengan kepintaran kamu dalam menyuarakan sesuatu pendapat.

4.    Bermain dengan imaginasi

Bagi sesetengah pendapat, berimaginasi dalam perhubungan sangat tidak digalakkan kerana takut segala imaginasi kamu berdua seperti perkahwinan, mempunyai keluarga dan anak-anak tidak akan tercapai. Sebenarnya berimaginasi bersama boleh menyebabkan si dia jatuh hati kepadamu. Jadi, jangan takut untuk berimaginasi dengannya. Saat berimaginasi, kamu perlu berhati-hati dan jangan ‘terlebih-lebih’ pula ya!

5.    Relaks & enjoy

Lelaki memang suka berseronok dan selalu menganggap sesuatu tu sebagai fun thing. Jadi belajarlah untuk relaksdanenjoy. Jangan terlalu lurus dan serius dalam hubungan. Ada masanya kamu perlu pandai berseronok dengannya. Barulah hatinya menjadi milikmu!

 sumber:Info Remaja

Kamu Manja @ Mengada-ngada?

manja atau gedik

Melihat liuk lentok kamu dengan kekasih, apakah tanggapan individu lain yang melihatnya? Manja atau mengada-ngada? Kadangkala, kamu dilihat seperti sengaja beraksi manja, sedangkan kamu bukan individu seperti itu. Jom kita lihat sama ada kamu benar-benar manja atau sebaliknya!

 

1. Kamu anak ke berapa dalam keluarga?

a. 1, 3, 5.

b. 2, 4, 6.

c. Bongsu.

 

2. Dalam keluarga, kamu paling rapat dengan?

a. Ibu.

b. Bapa.

c. Abang dan kakak.

 

3. Dalam keluarga kamu digelar sebagai?

a. Kakak.

b. Adik.

c. Panggilan nama.

 

4. Kamu seorang individu yang?

a. Tegas.

b. Manja.

c. Sensitif.

 

5. Teman lelaki pernah menyatakan kamu seorang yang?

a. Lembut dan sopan.

b. Mengada-ngada dan gedik.

c. Manja dan memikat.

 

6. Setiap kali keluar bertemu janji, pasti si dia akan menyatakan?

a. Rasa rindunya pada kemanjaan kamu.

b. Rasa cintanya pada kamu.

c. Tidak menyatakan apa-apa.

 

7. Setiap kali tidak mendapat barangan yang diinginkan, kamu pasti?

a. Tidak kisah.

b. Merajuk.

c. Menangis.

 

8. Kamu paling sensitif sekiranya?

a. Dimarahi ibu dan bapa.

b. Bergaduh dengan rakan.

c. Dimarahi teman lelaki.

 

Lebih Banyak A: Kamu Si Super gedik!

Oh si super gedik! Jangan terlalu menganggap diri kamu seorang yang manja sedangkan kamu bukan individu seperti itu. Kamu dilihat terlalu over saat bermesraan dengan teman lelaki. Tahap kegedikan kamu itu boleh menimbulkan rasa jelik di kalangan rakanrakan mahupun orang sekeliling. Kamu ingat dengan cara itu boleh membuatkan orang sekeliling tersenyum? Hurm, jangan perasan ye! Walaupun kamu tidak berniat untuk melakukan aksi-aksi di luar jangkaan itu, namun kamu perlu berfi kir secara rasional dahulu sama ada ia baik untuk kamu atau sebaliknya. Jangan rendahkan maruah dan harga diri kamu di hadapan khalayak.

Lebih Banyak B: Manja Yang Dibuat-buat

Ops, betulkah ini? Kamu individu yang hanya ingin meraih perhatian kekasih melalui cara berbuat manja dengannya. Kenapa mesti begitu? Tidak salah rasanya jika kamu menjadi diri sendiri. Untuk apa kamu mengubah diri semata-mata untuk memikat hati si dia? Cara kamu ini mungkin akan membuatkan si dia lagi bertambah meluat. Si dia akan lebih menyayangi kamu sekiranya kamu tidak berpura-pura. Walaupun kamu tidak begitu manja, namun si dia tahu yang kamu mempunyai kelebihan yang lain. Itu cukup membuatkan si dia berasa selesa apabila bersama kamu.

Lebih Banyak C: Kamu Memang Terlebih Manja!

Memang sahlah kamu individu yang sangat manja. Tidak perlu untuk berlakon mahupun berpura-pura, kemanjaan kamu itu tetap terserlah. Bertuahnya mereka yang memiliki kamu. Sifat manja itulah yang membuatkan si dia bertambah sayang dan sukar melepaskan kamu. Ternyata kamu bijak memikat dan mengambil hati si dia. Jangan sesekali kamu mensia-siakan dirinya. Bukan mudah mendapat teman lelaki yang boleh menyayangi kamu sepenuh hati. Tahniah!

sumber:Info Remaja