Awas,Bahaya Keputihan!

keputihan

“Eeeeeee… apa ini? nak kata datang bulan pun bukan sebab ia bukan darah tetapi lendir kekuningan dan kerap terjadi,” keluh aishah keseorangan. Jangan pelik kerana sebenarnya bukan hanya aishah sahaja yang mengalami masalah ini, malah ramai gadis di luar sana turut mengalami masalah keputihan.

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal

hey,gadis!Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

 

1. Kamu terlalu penat.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

 

Ketahui pula jenis jangkitan

Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

 

1. Kurap Candidas atau Monilia

Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis

Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella

Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus

Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing

Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

sumber:Info Remaja

 

6 Tabiat Buruk Merosakkan Kecantikan

merosakkan

Sudah pelbagai jenis pencuci muka, krim dan macammacam lagi produk yang telah dibeli namun kulit tetap bermasalah. Bosan! Bosan! Bosan!” keluh Sofea setiap hari. Mungkin ramai yang senasib dengan gadis ini. Harus diingatkan menjaga kecantikan bukan hanya bergantung pada produk yang dipakai semata-mata. Malah sesetengah tabiat seharian kamu juga boleh memberi kesan buruk pada kulit termasuklah berjerawat, kusam dan kering serta tidak bermaya. Jadi jom semak tabiat buruk yang merosakkan kecantikan.

1. Tidur tidak tentu masa
Paling penting kamu harus memastikan masa tidur kamu teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak langsung membuatkan kulit kamu tidak bermaya dan kusam.

2. Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan. Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan cergas.

4. Kerap mengerutkan mata
Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu cepat berkerut dan kelihatan tua.

5. Malas menggantikan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria.

6. Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.

Sumber:Info Remaja

Cegah Bibir Kering dan Pecah

Cegah bibir kering

Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir. Ketika bibir pecah, biasanya lipstik yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan. Oleh itu, cuba kita lihat apakah punca sebenar kepada masalah bibir kering dan pecahpecah ini. Serta, bagaimana untuk mencegahnya daripada berlaku.

 

PUNCA-PUNCA

  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.

TIP PENCEGAHAN

Setelah mengetahui punca-punca terjadinya masalah bibir kering serta pecah-pecah ini, anda hendaklah melakukan langkah-langkah pencegahan supaya masalah tersebut membuatkan anda kurang percaya diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan sebagai panduan berguna:

  • Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
  • Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya gincu, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.
  • Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
  • Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.
  • Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
  • Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
  • Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
  • Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
  • Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.

PETUA TRADISIONAL

  • Anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

sumber:Info Nona