Awas,Bahaya Keputihan!

keputihan

“Eeeeeee… apa ini? nak kata datang bulan pun bukan sebab ia bukan darah tetapi lendir kekuningan dan kerap terjadi,” keluh aishah keseorangan. Jangan pelik kerana sebenarnya bukan hanya aishah sahaja yang mengalami masalah ini, malah ramai gadis di luar sana turut mengalami masalah keputihan.

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal

hey,gadis!Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

 

1. Kamu terlalu penat.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

 

Ketahui pula jenis jangkitan

Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

 

1. Kurap Candidas atau Monilia

Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis

Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella

Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus

Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing

Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

sumber:Info Remaja

 

Advertisements

6 Tabiat Buruk Merosakkan Kecantikan

merosakkan

Sudah pelbagai jenis pencuci muka, krim dan macammacam lagi produk yang telah dibeli namun kulit tetap bermasalah. Bosan! Bosan! Bosan!” keluh Sofea setiap hari. Mungkin ramai yang senasib dengan gadis ini. Harus diingatkan menjaga kecantikan bukan hanya bergantung pada produk yang dipakai semata-mata. Malah sesetengah tabiat seharian kamu juga boleh memberi kesan buruk pada kulit termasuklah berjerawat, kusam dan kering serta tidak bermaya. Jadi jom semak tabiat buruk yang merosakkan kecantikan.

1. Tidur tidak tentu masa
Paling penting kamu harus memastikan masa tidur kamu teratur kerana tidur yang tidak cukup dan tidak teratur akan memberi kesan pada bawah mata. Secara tidak langsung membuatkan kulit kamu tidak bermaya dan kusam.

2. Kotoran pada telefon bimbit
Tanpa kamu sedari telefon bimbit yang ada kalanya dibawa ke tandas, diletakkan di atas meja yang kotor dan di dalam beg yang penuh dengan habuk boleh menyebabkan jerawat pada muka apabila pipi bersentuhan dengan telefon tersebut. Jadi pastikan kamu membersihkan terlebih dahulu telefon sebelum menggunakannya.

3. Pengambilan makanan yang tidak seimbang
Pantang apa sahaja yang ada di hadapan mata semuanya kamu makan. Sedangkan kamu sudah tahu makanan berminyak dan kolesterol tinggi adalah tidak baik. Ia boleh mengakibatkan muka berjerawat dan timbul masalah lain. Jadi sebaiknya cubalah kamu mengawal pemakanan kerana ia sangat penting bukan sahaja untuk cantik malah kamu akan kekal sihat dan cergas.

4. Kerap mengerutkan mata
Ada di antara kamu yang suka mengerutkan wajah terutamanya apabila ingin melihat objek yang jauh dari mata. Perlu diingatkan, tabiat mengerutkan muka dan mengecilkan mata ini boleh menyebabkan kulit kamu cepat berkerut dan kelihatan tua.

5. Malas menggantikan sarung bantal
Ketika tidur, sel-sel kulit mati pada wajah kamu akan melekat pada sarung bantal. Lama-kelamaan ia akan menebal dan menimbulkan bakteria. Sekiranya kamu malas menggantikan sarung bantal, ini bermakna kamu akan tidur di atas timbunan bakteria.

6. Menjadikan diri sebagai bahan eksperimen
Dari satu produk ke satu produk kamu telah gunakan. Malah kamu menjadikan diri sebagai bahan eksperimen sehingga boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada kulit. Jangan mudah terpengaruh dengan cadangan temanteman ataupun iklan iklan. Lain orang lain kesan penggunaannya.

Sumber:Info Remaja

Cegah Bibir Kering dan Pecah

Cegah bibir kering

Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir. Ketika bibir pecah, biasanya lipstik yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan. Oleh itu, cuba kita lihat apakah punca sebenar kepada masalah bibir kering dan pecahpecah ini. Serta, bagaimana untuk mencegahnya daripada berlaku.

 

PUNCA-PUNCA

  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.

TIP PENCEGAHAN

Setelah mengetahui punca-punca terjadinya masalah bibir kering serta pecah-pecah ini, anda hendaklah melakukan langkah-langkah pencegahan supaya masalah tersebut membuatkan anda kurang percaya diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan sebagai panduan berguna:

  • Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
  • Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya gincu, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.
  • Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
  • Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.
  • Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
  • Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
  • Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
  • Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
  • Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.

PETUA TRADISIONAL

  • Anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

sumber:Info Nona

Kolagen, Plasenta dan Vitamin, Rahsia Kulit Cantik

Penjagaan Kulit

Perbezaan antara rawatan kolagen, plasenta dan vitamin

Kolagen
Kolagen ialah sejenis protein yang banyak terdapat di dalam tubuh manusia dan memainkan peranan yang penting. Kolagen  membantu membentuk tisu dalam badan selain memberi sokongan pada tubuh. Kolagen terdapat pada otot, tulang, kulit, tendon dan  tulang rawan. Apabila umur meningkat, kolagen di dalam badan menurun dan menyebabkan kulit kendur dan tulang rapuh.
Jenis-jenis kolagen:
Ada bermacam-macam jenis kolagen suplemen. Oral kolagen suplemen dalam bentuk pil atau minuman menjanjikan pengurangan penyakit seperti arthritis, membantu penurunan berat badan, membina otot dan rejuvenasi kulit. Krim kolagen pula dikatakan dapat membantu menegangkan kulit tapi pada hakikatnya kolagen molekul terlalu besar untuk diserap. Suntikan kolagen untuk mengembalikan ketegangan kulit dan menghilangkan kedut pada kulit. Suntikan kolagen juga boleh digunakan untuk menghasilkan bibir yang lebih tebal. Rawatan kolagen dari segi medikal ialah oral glucosamine dan suntikan pada sendi.
Plasenta 
Plasenta merupakan uri. Kebanyakan rawatan plasenta diambil dari kambing biri-biri yang dipelihara khas untuk urinya. Ada juga yang diambil dari uri manusia. Sel-sel diambil daripada uri dan dijadikan pil atau dalam bentuk suntikan. Tujuannya ialah untuk memperbaharui sel-sel tua di dalam badan. Namun demikian sijil halal tidak diperolehi. Ada juga plasenta yang  diambil dari pokok soya yang baru bercambah dikenali sebagai vegeplasenta.
Vitamin
Vitamin A, B, C, D, E dan K mempunyai fungsi yang berbeza dan hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit kecuali ketika hamil, menyusukan anak atau pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Pengambilan vitamin C akan membantu badan menghasilkan lebih banyak  kolagen dan mampu menghasilkan kulit yang
tegang. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dengan ciri-ciri antioksidannya selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan. Beza rawatan kolagen secara oral dan suntikan Kolagen sentiasa dibina di dalam badan dan  enzim kolagenase sentiasa mengekalkan tahap kolagen di dalam badan. Rawatan kolagen oral atau glucosamine biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami osteoartritis di mana pelincir di dalam sendi sudah berkurangan. Suntikan hyaluronik asid juga boleh disuntik ke dalam sendi tersebut. Bagi rawatan estetik pula, suntikan hyaluronik asid disuntik di bawah kulit untuk mengurangkan kedutan pada kulit dan mengembalikan ketegangan kulit. Hyaluronik asid disuntik dalam bentuk fillers untuk meratakan parut, mengubah hidung yang senget atau pipi yang jatuh akibat proses penuaan. Rawatan ini perlu diulang kerana hyaluronik asid ini akan dibinasakan oleh enzim di dalam badan kita. Suntikan kolagen juga boleh dilakukan untuk mengubah paras rupa seperti pipi yang jatuh, bibir kecil atau hidung yang senget. Suntikan kolagen kini kurang popular keranaboleh menyebabkan alahan.
Beza rawatan plasenta secara oral dan suntikan
Rawatan plasenta sekiranya disuntik, ia lebih efektif dan cepat berbanding oral. Harga suntikan plasenta juga jauh lebih mahal berbanding oral. Di Malaysia, suntikan plasenta tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Rawatan oral dan suntikan juga tiada sijil halal daripada Jakim.
Beza rawatan vitamin secara oral dan suntikan
Vitamin boleh diambil secara oral tetapi penyerapannya berbeza-beza mengikut tahap pH di dalam perut dan usus. Sekiranya perlu, vitamin seperti B12 boleh disuntik pada otot. Suntikan Vitamin C tidak  diluluskan di negara kita. Namun demikian ia merupakan rawatan untuk pesakit yang demam panas atau kanser di sesetengah negara lain.

Fahami tentang sesuatu rawatan kecantikan sebelum mencuba

Menurut Dr. Nurhalina, ketiga-tiga rawatan kecantikan ini memang amat berbeza fungsi dan kesesuaiannya dengan wanita. Ada rawatan yang hanya sesuai untuk kelompok umur tertentu. Maka sebab itulah amat penting untuk seorang wanita mendapatkan info tentang sesuatu rawatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Ini bagi memastikan ia memberikan manfaat kepada mereka. “Sebagai contoh, rawatan yang kini menjadi kegilaan kaum wanita iaitu rawatan menggunakan ibu kolagen. Sebenarnya ia merupakan kolagen dari rumpai laut. Walau pun ia hangat diperkatakan namun tiada kajian medikal yang dilakukan tentang keberkesanan bahan ini untuk rawatan kulit. Rawatan oral kolagen biasanya berasaskan protein dari haiwan. Sekiranya seseorang itu ada alergi, ia boleh mengakibatkan rangsangan negatif serta alahan. Setiap rawatan sekiranya berlebihan akan memberi kesan sampingan jangka pendek atau panjang. Ikutlah peraturan untuk pengambilan sesuatu suplemen. Jika tiada kesan sampingan pun, ia adalah satu  pembaziran sekiranya badan tidak memerlukan. Sekiranya anda ingin mencuba oral kolagen, ketahuilah bahawa industri suplemen ini tidak dipantau. Oleh sebab itu kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui. Sekiranya anda ingin mendapatkan suntikan kolagen, perlu anda ketahui bahawa risikonya mungkin sama seperti risiko suntikan lain seperti botox dan filler. Apa yang penting ialah pemakanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, lemak, serat dan vitamin. Kolagen membekalkan protein pada kulit. Sarang burung dan Caviar juga adalah sumber kolagen yang berfungsi sebagai anti penuaan. Dari sudut perubatan, rawatan kolagen sebenarnya adalah dalam bentuk  suntikan tetapi bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” terang Dr. Nurhalina lagi.
Rawatan plasenta memerlukan kos yang tinggi
“Rawatan menggunakan plasenta atau uri agak mahal harganya dan individu sama ada lelaki mahu pun wanita sesuai menggunakannya. Namun ia lebih kepada rawatan anti penuaan. Antara golongan yang sesuai mengambil rawatan jenis ini ialah wanita yang sudah menopaus dan perlu mengikut dos yang tertentu. Semakin tinggi dos yang digunakan  semakin mahal kos rawatan yang perlu dibiayai  oleh pengguna.Kebanyakan plasenta diambil dari biri-biri baka yang baik. Selalunya  kambing biri-biri ini adalah dari New Zealand dan Switzerland. Plasenta kambing biri-biri menjadi pilihan kerana dikatakan haiwan ini tidak menyebarkan penyakit seperti lembu (mad cow disease) selain lebih kurang sama dengan plasenta manusia. Plasenta perlu diambil dengan teknik yang betul dan disimpan dalam suhu yang sesuai. Walau bagaimana pun ada juga plasenta yang diambil dari rusa namun ia kurang popular. Selain memperbaharui sel-sel yang telah tua di dalam badan, kebanyakan individu yang mengambil plasenta akan berasa lebih bertenaga. Contohnya kucing yang baru melahirkan akan makan urinya sendiri supaya badannya bertenaga semula. Ada juga rawatan menggunakan plasenta manusia yang dianggap terbaik tetapi ia punya risiko perubatan yang tertentu. Sebenarnya walau pun ramai yang menyebutnya sebagai rawatan menggunakan plasenta tetapi sebenarnya ia lebih kepada Stem Cell atau sel setem. Hingga ke hari ini kesemua medium rawatan plasenta sama ada plasenta biri-biri, manusia dan rusa semuanya tidak mendapat status halal selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak KKM,” ujar Dr. Nurhalina.
Jenis vitamin dan fungsinya kepada kecantikan. 
Menyentuh tentang rawatan menggunakan vitamin pula yang suatu ketika dahulu amat popular di kalangan kaum wanita, menurut Dr. Nurhalina sebenarnya vitamin A, C dan E adalah bersifat antioksidan. Dos yang diperlukan adalah secara minimum kerana vitamin A ,C dan E baik untuk kulit. “Rawatan vitamin yang popular ialah vitamin C. Sama seperti kolagen, jika seseorang individu sama ada lelaki mahu pun wanita mengambilnya dalam dos yang mencukupi, mereka akan mendapati kulit mereka semakin tegang dan anjal. Vitamin C dan vitamin E biasanya diambil secara oral. Vitamin A pula banyak terdapat dalam produk perawatan kecantikan luaran. Apabila ia meresap ke dalam kulit wajah maka ia akan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit namun jika berlebihan ia akan mengundang bahaya kepada wanita terutama yang sedang hamil. Oleh itu wanita hamil tidak digalakkan  mengambil produk perawatan kulit yang mengandungi vitamin A. Walau bagaimanapun vitamin C bukan sahaja boleh diambil secara oral tetapi boleh juga diambil secara suntikan namun tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM. Perlu diingatkan bahawa rawatan menggunakan vitamin C yang diambil secara suntikan perlu diambil secara berterusan bagi mendapatkan hasil yang berpanjangan kerana vitamin C yang meresap ke dalam kulit lama kelamaan akan terurai dalam lapisan kulit. Vitamin B pula lebih kepada untuk menambah tenaga dan baik untuk saraf. Selalunya diambil secara oral dan suntikan. Pendek kata ke semua rawatan menggunakan vitamin punya fungsi dan kelebihan tertentu,” akhiri Dr. Nurhalina.
sumber:Info Rapi

Tips menghilangkan sakit kepala

Sakit kepala bukan kepalang lagi. Mulalah mencari ubat untuk menahan sakit. Satu rumah digeledahnya. Tapi tak jumpa walau satu biji panadol pun. Kepala makin sakit. Nak tidur pun tak boleh. Pusing kiri pusing kanan. Tak tahan lagi.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/tips-menghilangkan-sakit-kepala.html
Gambar 1: Sakit kepala

Mungkin anda pernah mengalami situasi seperti di atas. Atau lain-lain situasi yang menyebabkan anda tidak ada mood, tidak boleh buat kerja akibat daripada kesakitan kepala yang amat sangat.

http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/tips-menghilangkan-sakit-kepala.html
Gambar 2: Refleksologi Tangan

Di sini saya ingin berkongsi satu tips menghilangkan sakit kepala yang mudah dan boleh dilakukan sendiri jika tiada alternatif lain yang boleh menghilangkan sakit kepala.

Perhatikan tangan anda di kawasan yang saya tandakan dengan bulatan seperti gambar 3 di bawah. Kebiasaannya jika saya mengalami sakit kepala, saya akan menekan atau mengurut pada kawasan yang dibulatkan.
Jika anda tidak mengalami kesakitan pada sebelah tangan yang anda urut, cuba urut pula pada sebelah tangan yang lain. 
http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/tips-menghilangkan-sakit-kepala.html
Gambar 3: Kawasan untuk mengurut
Kekuatan mengurut mengikut kehendak anda. Jika anda mahukan urutan yang kuat atau perlahan pun tidak menjadi masalah. Tidak perlukan minyak untuk mengurut. Cuba berulang kali sehingga anda merasakan ada perubahan kepada sakit kepala anda.
Walaupun jika kita lihat dari sudut refleksologinya, pada bahagian itu adalah kawasan titik organ manusia seperti gambar 2 di atas, cara ini dilihat berkesan untuk menghilangkan sakit kepala anda dengan kadar segera. Tanpa perlukan ubat tahan sakit (panadol) anda sudah mengurangkan kebergantungan terhadap ubat tahan sakit. Lebih baik lagi, jika orang lain yang urutkan untuk anda. Mesti lebih selesa.
Jika kedua-dua belah tangan anda tidak mengalami kesakitan apabila diurut, maka anda tidak perlu mengurut dibahagian tangan untuk menghilangkan sakit kepala. Anda boleh urut pula bahagian kepala seperti yang akan saya terangkan pada entri lain.
Semoga tips menghilangkan sakit kepala ini boleh mengurangkan dan menghilangkan rasa kesakitan kepala anda. Sakit kepala akibat darah tinggi tidak sesuai mengikut tips ini kerana penyakit darah tinggi memerlukan rawatan khusus.
sumber:apesal.com