Rahsia Diri Di Sebalik Rambutmu!

Rahsia Diri Di Sebalik Rambutmu!

Rambut umpama mahkota bagi seorang wanita. Tahukah kamu, sebenarnya setiap jenis rambut manusia mempunyai rahsia di sebaliknya? Ingin tahu rahsia apanya? Jom baca artikel ini selanjutnya.

 

RAMBUT LURUS: Kamu seorang yang bijak dan happy go lucky. Kamu bijak mengatur sesuatu tanpa meminta bantuan daripada sesiapa, malah seorang bijak bergaya. Kamu tahu pakaian yang mana sesuai untuk diri kamu. Namun, dalam diam kamu juga seorang yang kuat cemburu dan suka bersaing.

 

RAMBUT KERINTING (TEBAL): Kamu seorang yang degil dan keras kepala. Kalau boleh kamu sahaja yang betul. Ada kalanya kamu sukar untuk menyelesaikan masalah. Namun, sikap kamu yang sangat peramah dan mudah didekati akan membuatkan kamu mempunyai ramai kenalan yang selesa berkawan dengan kamu. Wah, dalam diam kamu juga seorang yang agak romantik dan berbunga-bunga orangnya. Jadi, tidak hairanlah mengapa kamu disayangi ramai.

 

RAMBUT KERITING (HALUS): Kebijaksanaan kamu sangat terserlah berbanding yang lain. Namun, kamu seorang yang ego serta pemilih. Kamu cerewet memilih sesuatu, bukan apa, kamu mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri kamu. Dalam perhubungan pula, kamu seorang yang agak romantik tetapi ada kalanya kamu bersifat cemburu buta. Sikap kamu itu membuatkan orang terdekat rasa kurang selesa dengan kamu.

 

RAMBUT IKAL MAYANG: Kamu seorang yang comel dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kamu bijak mengatur langkah, bahkan tidak terburu-buru melakukan sesuatu sebaliknya kamu akan mengambil masa untuk memikirkan sesuatu sebelum melakukannya. Selain itu, kamu juga seorang yang berfikiran terbuka dan suka bergaul. Bila seseorang melukakan hati kamu, kamu mudah memaafkannya, namun kamu sukar melupakan apa yang terjadi.

 

RAMBUT BERUBAN: Kamu kurang bijak dalam mengatur sesuatu. Ada kalanya kamu suka termenung dan berfikir sesuatu yang bukan-bukan. Walaupun kamu kurang bercampur dengan orang ramai, kamu seorang yang sangat terbuka dan boleh menerima idea orang lain. malah kamu juga pandai menyelesaikan masalah kamu sendiri.

 

RAMBUT KUSUT: Kamu merupakan seorang yang suka bergaul. Kamu pandai menarik perhatian orang ramai. Dalam keserabutan kamu itu, sebenarnya kamu seorang yang bijak dan pandai. Walaupun kamu mudah didekati dan mempunyai bilangan kawan yang ramai, tiada siapa yang dapat mengagak sebenarnya kamu seorang yang bengis dan agak garang. Paling menarik, kamu tak suka nak marah tak tentu hala. Kamu marah pun mungkin ada sebabnya. Namun, dalam kebaikan yang ada pada kamu itu, kamu sebenarnya seorang yang sukar memaafkan orang telah menghancurkan hati kamu.

 

RAMBUT HALUS/LEMBUT: Kamu seorang yang memilih dan agak cerewet. Sifat manja yang kamu miliki agak menyenangkan orang di sekeliling. Kamu mudah memaafkan seseorang dan tegas dengan pendirian kamu. Kamu tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak untuk kamu. Bukan itu sahaja, kamu juga seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan. Malah kamu juga cekap dan cepat melakukan sesuatu yang diminta. Sememangnya kamu seorang yang boleh diharap.

sumber:Info remaja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s