7 Petanda Si Dia Meminati Korang

Peminat

FAHAMI BAHASA TUBUHNYA
Bahasa tubuh boleh dijadikan ‘pemberitahuan terbesar apabila seseorang menyimpan perasaan suka terhadap seseorang. Kajian percaya wanita mempunyai sekitar 52 jenis bahasa tubuh, manakala lelaki pula hanya menunjukkan 10 jenis bahasa tubuh. Misalnya, si dia kerap curi² melihat wajah korang. Perhatikan bulu keningnya yang sedikit terangkat kerana terlalu teruja. Kemudian, si dia kerap mahu berada dekat tak kisahlah sama ada sedang duduk mahupun berdiri. Perhatikan juga cara si dia duduk. Adakah si dia duduk dengan kaki yang luas @ tangan di pinggul? Petanda si dia cuba menarik perhatian.
DENGAR APA SI DIA KATAKAN
Jika benar si dia meminati korang, si dia bertukar menjadi seorang yang gementar secara tiba² apabila berada betul² depan korang. Dia mungkin mula bercerita tentang dirinya lebih² lagi jika korang cuba bercerita tentang lelaki lain. Setiap perkataan yang dilemparkan akan ber-ulang² & kadang-kala pula kurang jelas untuk didengari. Semuanya jadi tak keruan.
LAYANAN SEKELILING
Jika si dia benar² mahu menjadi kekasih, si dia akan mula menjadi seorang yang bersikap pelindung supaya tampak gentleman & mahu korang berasa selamat. Lihat gelagatnya menarik kerusi, meletakkan tangannya di atas sandar kerusi korang, memberikan jaket ketika sejuk @ mengambil sendiri pesanan makanan di kaunter. Selain daripada tu, perhatikan pandangannya jika di kelilingi gadis² cantik. Adakah si dia tetap memandang korang @ pergi melayan gadis² lain yang lebih dekat?
MINAT TIBA² SAMA
Sebagai contoh, jika korang meminati genre muzik blues tetapi si dia kurang mengenalinya, si dia akan meminta pandangan korang pula untuk mengetahui genre muzik yang diminatinya. Se-kurang²nya si dia takkan merasa malu. Jika korang mula memperkenalkan siri TV kegemaran korang, si dia mula akan mengikuti perkembangan siri tersebut se-mata² mahu mempunyai persamaan.
PERMAINAN MATA
Tak perlu berselindung lagi… Semakin kerap si dia cuba melihat korang, bermakna si dia cuba menarik perhatian korang untuk berkata sesuatu. Paling ketara apabila korang cuba membalas dengan melihatnya, tetapi si dia akan berpaling kerana malu. Untuk menguji sama ada si dia benar² sedang memerhati, lihat si dia & cepat² alihkan pandangan ke tempat lain. Dalam masa sepuluh saat, lihat kembali ke arahnya. Jika si dia masih memerhati, sah si dia meminati korang.
SIKAP MELALUI SENTUHAN
Untuk mengetahui sikap si dia sama ada kategori mata keranjang @ tak, perhatikan sikapnya yang gemar bersentuhan. Ada baiknya korang usah layan peminat seperti ni kerana dia bukanlah ikhlas untuk mengenali dengan lebih mendalam. Percaya @ tak, korang bukan je
mangsanya tetapi teman² korang juga. Kesimpulannya, si dia memang meminati korang tetapi untuk jangka masa sekejap.
PERHATIAN RAKAN²
Perbuatan yang amat ketara apabila si dia dibantu melalui tindakan rakan²nya. Si dia akan menjadi mangsa usikan rakan²nya sehingga ia akan sampai ke telinga korang. Misalnya, menolak si dia secara paksa untuk berdiri di sebelah korang mahupun sering sebut nama si dia sebagai peminat yang kerap mengirim salam.
PETANDA GEMURUH
Gelak tawa yang bercampur baur, tapak tangan yang berpeluh, menarik nafas yang panjang @ cepat² mengalih pandangan merupakan petanda ketara si dia sedang gemuruh. Jika kesemua petanda ni ada pada si dia, nampaknya si dia mahu mulakan langkah seterusnya.
Jangan salahkan si dia jika tiba² saja bajunya basah kerana terlalu gemuruh bila korang menghampirinya lalu bertanya, “Ada masalah?”.
LAMAN SEMBANG
Setiap hari, pasti si dia tetap ada dalam senarai laman sembang korang. Si dia tak pernah jemu menegur & berborak se-mata² untuk lebih rapat. Semestinya, si dia lebih banyak bercakap,lebih mesra & tak membosankan tatkala ber-bual². Tapi, korang akan menjadi seorang
yang pemalu bila berjumpa.
KEBETULAN
Ibarat cermin kerana setiap hari korang pasti ternampak si dia. Ia mungkin tindakan drastik apabila si dia semakin mahu mendekati korang. Jika korang perasan, si dia cuba meniru setiap tindakan korang se-olah² seperti seorang pengintip pula. Di mana je korang berada, di situ pasti ada dia. Kalau tak percaya, cuba sentuh rambut korang & si dia juga akan sentuh rambutnya. Jika di tempat makan, si dia tiba² mengatakan, “Ah… Kebetulan kita di meja yang sama.”
BUAT LAWAK
Ji ka si dia seorang yang ceria,bersikap ke-budak²an & berani, si dia mungkin tak ter-agak² untuk membuat lawak di depan korang untuk menarik perhatian. Ia mungkin disukai tetapi boleh jadi  menggagalkan dengan lawaknya yang sakastik & menjengkelkan tu. Semestinya   kandungan lawaknya bersikap jujur & lurus tetapi ia bukan kenangan yang manis untuk diingati kerana berkemungkinan  ia mendatangkan rasa malu buat korang.
KERAP MEMUJI
Setiap hari korang mengenakan solekan yang sama tetapi tiba² saja si dia cuba memuji korang berlebih ²an. Kedengaran aneh tapi tu hakikat si dia memang menyimpan perasaan terhadap korang. Namun, tak semua orang mempunyai sikap berterus-terang dalam bab memuji kecuali si dia pertama kali memuji.
TANDA ISYARAT
Ketahui isyarat² yang diberi misalnya si dia mengangkat tangan dengan isyarat mengajak korang makan bersama. Terdapat banyak isyarat yang sering digunakan  seperti menunjukkan isyarat jari tanda ajak ber-siar² & macam² lagi. Tujuan si dia memberi tanda isyarat adalah supaya si dia kurang merasa malu jika tawarannya ditolak mentah²
KERAP SMS
Korang tahu si dia sedang bersama teman²nya tetapi telefon bimbit memang tak pernah lekang dari jarinya. Nampaknya, di mana² jua si dia berada, korang  tetap menjadi pilihannya untuk bersembang & menganggap korang lebih penting dari teman²nya.
AJAKAN DARI RESPONS
Si dia mula membicarakan tentang artis kegemaran yang bakal membuat konsert tak lama lagi. Bukan apa, dengan harapan korang memberi respons untuk mengikutnya menonton konsert tersebut. Jika korang memberi respons positif, pastinya tiket percuma dalam genggaman.
SERBA TAHU
Dia bukanlah seorang peminat fanatik tetapi kerana minat, si dia tahu di mana lokasi kediaman korang, warna kegemaran,  makanan kegemaran & semuanya dari hujung rambut hingga ke hujung kepala
PAK TURUT
Dia tak kisah jika dianggap ‘pak turut’ dalam apa jua keadaan sekalipun. Demi cinta, si dia sanggup melakukan apa je yang korang minta & suruh. Si dia akan terus berusaha untuk memenangi hati korang hingga menjadi kekasihnya suatu hari nanti. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup si dia renangi.
Info:klik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s