Petanda Si Dia ‘Pasang Dua’

5 Petanda Si Dia ‘Pasang Dua’ Di Belakang Mu!

Mempertahankan sesebuah hubungan bukanlah sesuatu yang mudah. Kadangkala kita tidak terlari dengan nasib ‘diduakan’ ataupun dikhianati oleh sang kekasih. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, mari kita sediakan payung sebelum hujan. Jom ketahui 5 petanda si dia mula ‘pasang dua’ di belakang kamu.

 

1. Gerak hati yang berkata-kata

Pernahkah kamu mempunyai gerak hati yang kuat padanya mengatakan si dia curang di belakang kamu ? Mungkin sesetengah berpendapat gerak hati ada kalanya ia hanyalah mainan perasaan sahaja. Namun, tidak di nafikan juga yang adakalanya ia sebenarnya benar-benar terjadi. Jadi, sekiranya kamu mempunyai gerak hati yang berkata-kata, berwaspadalah dan eloklah jika kamu mula ‘berhati-hati’ dengan si dia!

2. Si dia mula mengelakan diri

Jika dahulunya si dia selalu ada bersama kamu di saat susah dan senang, kini ada sahaja alasannya untuk mengelakan diri dari kamu. Hmmm, Jika situasi bergini terjadi pada kamu, kamu harus selidik adakah si dia benar-benar sibuk hinggakan si dia cuba mengelakan diri dari kamu ataupun sebaliknya.

3. Gangguan dari Panggilan dan nombor misteri

Sedang kamu berdua meluangkan waktu bersama, tiba-tiba kamu dikejutkan dengan satu panggilan ataupun nombor misteri dari telefon bimbitnya dan si dia pula mula nampak gelisah. Hmm, nampaknya macam ada sesuatu sahaja yang si dia cuba sembunyikan dari kamu. Baik kamu berjaga-jaga dan pantau siapa yang sentiasa hubunginya.

4. From zero to hero

Kebiasaanya si dia hanyalah seorang yang biasa-biasa sahaja, tetapi sejak kebelakangan ini si dia mula bersikap ala-ala si hero dan cuba menjadi seseorang yang lain seperti berkata-kata manis, suka memberi hadiah, dan asyik memuji kamu. Di saat itu, mungkin kamu perlu pasang mata dan telinga. Bukan apa, ada sesetengah lelaki yang akan berkelakuan seperti itu untuk mengaburi mata pasangannya.

5. Cuba membanding-bandingkan kamu

Bila si dia sudah menemui seseorang yang jauh lebih baik dari kamu, dia akan cuba membanding-bandingkan kelemahan kamu dengan orang lain. Mula lah si dia akan kata “awak tengok dia tuh, cantik dan menarik je, tak macam awak, selekeh betul!”. Jadi sebelum apa-apa yang akan berlaku dan hati kamu di kecewakan baiklah jika kamu ambil langkah yang sewajarnya dan buatlah keputusan yang terbaik.

sumber:Info Remaja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s