5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!

5 Cara ‘Curi’ Komitmen Si Dia!
Keserasian antara kamu dan si dia boleh membuatkan si dia jatuh hati kepadamu. Namun, adakah kamu mampu mencuri hatinya? Jom pelajari 5 cara bagaimana kamu boleh ‘mencuri’ komitmen si dia.

1.    Berikan perhatian kepadanya

Cuba kamu keluar dari zon selesa kamu dan berikan sedikit perhatian kepadanya. Tunjukkan kepada si dia yang kamu sentiasa peduli dan ambil berat tentang dirinya.

2.    Jaga penampilanmu

Menjaga penampilan kamu sangat penting untuk menambat hatinya. Bayangkan jika kamu di tempatnya, adakah kamu akan menerima pasangan yang selekeh? Oleh itu pikatlah hatinya dengan penampilan yang kemas dan cantik.

3.    Buat si dia terpesona dengan kepintaranmu

Tidak bermakna kamu memerlukan IQ yang tinggi untuk memikat si dia. Sebenarnya cukuplah sekadar kamu ‘memancingnya’ dengan kepakaran dan kepintaran yang ada pada diri kamu seperti membincangkan tentang sesuatu yang berkaitan dengan pendapat dan fikiran. Tunjukkan kepadanya kamu seorang gadis yang bijak dan rasional. Nah, si dia pasti terpikat dengan kepintaran kamu dalam menyuarakan sesuatu pendapat.

4.    Bermain dengan imaginasi

Bagi sesetengah pendapat, berimaginasi dalam perhubungan sangat tidak digalakkan kerana takut segala imaginasi kamu berdua seperti perkahwinan, mempunyai keluarga dan anak-anak tidak akan tercapai. Sebenarnya berimaginasi bersama boleh menyebabkan si dia jatuh hati kepadamu. Jadi, jangan takut untuk berimaginasi dengannya. Saat berimaginasi, kamu perlu berhati-hati dan jangan ‘terlebih-lebih’ pula ya!

5.    Relaks & enjoy

Lelaki memang suka berseronok dan selalu menganggap sesuatu tu sebagai fun thing. Jadi belajarlah untuk relaksdanenjoy. Jangan terlalu lurus dan serius dalam hubungan. Ada masanya kamu perlu pandai berseronok dengannya. Barulah hatinya menjadi milikmu!

 sumber:Info Remaja

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s