Jangan kerana RUPA PARAS,rumah tangga porak-poranda

hanya manusia biasa.itulah kita.dari hari ke hari,pastinya fizikal berubah mengikut peredaran waktu.tuntutan tanggungjawab menyebabkan kita tiada masa untuk menjaga penampilan.ia sukar di elakkan,namun ia berpretasi menggugat keharmonian rumah tangga.jangan jadikan paras rupa sebagai taaruhan menyulam cinta dan kebahagian rumah tangga.ikuti tip berikut.

 
1.IMBAS KEMBALI

Ya,setiap daripada kita mengimpikann pasangan punyai paras rupa yng menawan.Namun ,’kesempurnaan’ itu ada kalanya tidak kekal,sehinggakan sedikit sebanyak memberi kesan dalam kelangsungan rumah tangga seperti perasaan jemu dan seterusnya pengabaian emosi masing-masing.

Oleh itu,jika cinta anda berdua ikhlas bukan berpaksikan rupa ssemata-mata,imbaslah senula kenangan dan memori ketika bercinta dulu serta pengorbanan yang pernah dilaksanakan.Nescaya ,anda berdua akan kekal selamanya

2.SALING MENASIHATI

Dalam mengharungi arus hidup berkongsi,pastinya banyak perkara yang perlu difikirkan.Namun,anda dan pasangan perlulah sentiasa peka dengan persekitaran serta sentiasa nasihat-menasihati agar diri masing-masing tampil menarik.Elakkan membiarkan diri kusut dengan masalah rumah tangga  yang menimpa.Tampil segar sentiasa di mata sanak saudara,rakan mahupun jiran tetangga.

3TERBUKA TERIMA KETIDAKSEMPURNAAN

Ini perlu nutuk memupuk hubungan baik antara suami dan isteri.Masing-masing perlulah menerima kenyataan bahawa kecantikan dalam diri.Oleh itu,bersedia untuk menerima sebarang ketidakssempurnaan  dan perbaikilah imej diri.

4.BERFIKIRAN MATANG

Ya,tidak semua bertuah memiliki raut idaman.Namun,jangan jadikan ia satu kelemahan dalam diri mahu pun dalam ssebuah institusi kekeluargaan.Jadilah seorang yang matang dalam menjalani kehidupan.Nescaya kematangan anda akan menyerlahkan kewibawaan serta persona diri.

5.BAWA KE PUSAT PERAPIAN DIRI

Kulit kasar dan berminyak,perut buncit,muka berjerawat,selulit dan pelbagai lagi kondisi mencela penampilan anda.Jika pasangan anda dilihat kurang menjaga aspek luaran,pancinglah hati si dia dengan membawanya ke spa mahu pun pusat perapian diri bagi menyerlahkan sisi perawannya.

TIPS PERLU IKUT

  • .Jangan memerli mahupun memandang enteng jika pasangan anda kelihatan tidak menarik lagi.Berikan semangat serta dorongan untuk berubah ke kondisi yang lebih baik.
    .Anda boleh hadiahkan set produk kecantikan,namun jangan sampai si dia terkecil hati dengan tindakan anda itu.
    .Sebagai ketua keluarga,perlulah anda memantau segala keperluan perapian diri/kosmetik si isteri.Biar dia tahu anda juga ambil peduli akan hal-hal sedemikian.
    .Anda pula jangan terlalu mengharapkan si dia tampil berbeza dan menarik mengikut kemahuan anda.Hargai segala usahanya untuk tampil cantik di mata anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s