Kasut sesuai untuk wanita berkerjaya

Wanita dan kasut juga umpama
isi dan kuku, terutama sekali kasut
bertumit tinggi begitu melambangkan ciri
kewanitaan itu sendiri. Jika pergi
membeli-belah sudah pasti kasut antara
barang wajib yang mesti dibeli namun
begitu kasut wanita juga terdapat pilihan
dan jenis. Antara jenis-jenis kasut yang
terdapat di pasaran adalah
‘wedges’,stilletto, flat dan banyak lagi.

Zaman berubah wanita sekarang semakin
aktif dan sibuk maka pemilihan kasut
haruslah bijak agak kesihatan juga terjaga
selain mementingkan kecantikan semata-
mata. Oleh sebab itu kebanyakan wanita
masa kini lebih mengemarkan gaya kasut
yang lebih selesa, santai dan fleksibel untuk
digayakan di mana dan bila-bila masa
sahaja.
Kasut Flat adalah kasut yang amat sesuai
untuk digayakan di mana saja sama ada
ketika anda membeli belah mahupun ke
pejabat ini kerana kasut flat ini juga
terdapat pelbagai pilihan gaya dan corak
menarik. Tidak ketinggalan juga jika anda
mahu ke majlis formal tetapi anda tidak
selesa dengan kasut yang bertumit tinggi.
Dengan adanya pelbagai jenis kasut flat
yang menarik untuk digayakan maka ianya
tetap sesuai untuk ke majlis formal.
Pemakaian kasut flat ini amatlah selesa
kerana ianya tidak memberi sebarang
kesakitan kepada kaki anda sewaktu
berjalan pada masa yang lama jika
dibandingkan dengan kasut bertumit tinggi.

Antara tips untuk memilih kasut flat :
-Belilah kasut pada waktu siang atau
petang. Ini adalah bagi mendapatkan kasut
dengan ukuran yang tepat dan selesa ketika
dipakai. Selain itu, pada waktu siang atau
petang, kaki mengembang kepada saiz kaki
yang sebenar.
-Berdiri dengan tegak, dan pastikan kasut
yang dipilih itu selesa. Buat ujian dengan
cuba berjalan-jalan di dalam kedai bagi
memastikan kasut tersebut sesuai dengan
kaki.
-Pilih kasut dengan corak dan warna yang
sesuai dengan kaki anda supaya ia nampak
menarik apabila digayakan.
-Seeloknya pilih kasut yang mempunyai
bukaan yang agak lebar untuk memberikan
keselesaan kepada kaki supaya tidak terlalu
ketat dan tidak menyakitkan kaki.

One thought on “Kasut sesuai untuk wanita berkerjaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s